Tuesday, 28 February 2012

Saya Obesiti...


Saya salah seorg rakyat Malaysia yg obesiti. Da bermacam-macam produk saya cuba p tak berjaya. Ada yg berjaya tapi bersifat sementara. Di mana, bila saya stop amik product tersebut, saya mengalami kegemukan yg berganda. Akhirnya, saya stop amik semua product kesihatan n segala ubat2an yg menjanjikan penurunan berat badan apabila saya dapati sistem dlm badan saya mula rosak 50%.

Sampailah saya ditemukan oleh kakak saya sendiri dgn coach dia di wellness centre seksyen 3, shah alam. Yg menarik perhatian saya, pd hari pertama bertemu, mereka yg ada dalam kelab tersebut TIDAK ada seorg pun yg menyuarakan tentang product dan TIDAK ada seorg pun yg menjual product dan TIDAK ada yg memaksa saya menyertai utk menjadi ahli atau membeli product. Apa yg keluar dari mulut diorg semuanya tentang usus, pengaliran darah, gula dlm badan, toksin dlm badan dll. Saya terpegun mendengar.

Few week lepas tuh, (sehari selepas kematian nenek saya) kakak saya bawa coach dia datang ke rumah mak cik saya kat jalan kebun, shah alam. Kat sana, kitorang buat body scanning. FREE OF CHARGE. Dari situ, saya tahu berat badan saya, kandungan air dlm badan, lemak dll. Yg penting kandungan visceral fat. Dari situ, saya ditawarkan program turun berat badan selama setahun. SETAHUN? Lama tuh... p bila difikirakan balik, it is good for health sbb penurunan berat badan yg mendadak akan menyebabkan komplikasi lain dlm badan seperti kesan terhadap buah pinggang. Saya terima tawaran tersebut n seminggu selepas itu saya menyertai program LOSE WEIGHT CHALLENGE.

Kesan yg sangat positif. Sehingga kini, selama 8 minggu (dari 28.12.2011 sampai 24.02.2012), berat badan saya telah hilang sebanyak 5kg dan saya telah hilang sebanyak 3.13% total inches badan saya. Org cakap, saya amik product yg hebat, blh la... Terus terang, saya tak beli product yg beratus2 harganya. Tetapi yg terima nasihat dan cadangan dari coach dan jurulatih tentang cara pemakanan yg sihat dan gaya hidup yg sihat. Apa pun, dlm hidup kita kena DISIPLIN diri baru kita dpt capai apa yg kita impikan. DISIPLIN!!

Ramai yg kata tak de masa nk bersenam. Sibuk. Banyak keje. TETAPI, kalu kita disiplinkan diri kita utk bersenam sehari 20-30 minit, 2 hingga 3 kali seminggu dan makan di waktu makan, inshaAllah. Dengan mudah kita akan dapat turunkan berat badan. Yg penting, DISIPLIN!! Hari2 biasa, kita sibuk keje. Pagi da kuar g keje. Malam baru balik. Hujung minggu kita keje tak?? tak kan... kalu keje pun sekali sekala jer... Tapi, apa salahnya hujung minggu kita ambil sedikit masa utk bersenam pada waktu pagi. Malas nk bangun awal sbb hari2 biasa da bangun pagi g keje?? Haaa... tu silapnya.. org yg malas bangun pagi ni, RUGI. Mmg rugi sbb siapa yg bangun pagi akan mendapat rahmat Illahi sbb Rasulullah saw pernah berdoa pd Allah supaya dilimpahkan rahmat kepada umatnya yg berpagi-pagian. Tak kisah la hari biasa ke hujung minggu ke, bangun jer pagi. Pasti rasa sihat n segar. Nk sihat lagi, bangun pagi n mandi sebelum matahari terbit. Kalu tak caya, cuba la... Dengan bangun pagi juga la mendidik diri kita utk menjadi manusia yg berdisiplin.

“Apa nk susah... banyak product yg blh turun berat badan tanpa bersenam...” benar.. memang ada product turun berat badan tanpa bersenam TETAPI sistem dalam badan kita tak sihat sbb pengaliran darah tak lancar, gangguan sistem disebabkan product2 tersebut berunsur ubat2an (dadah). Yang paling tak best, badan tak fit. Badan cepat penat, menggelebeh, kulit kering, kulit cepat berkedut, gastrik dan lain2. Yang paling tak best, bila stop ambil product tuh, berat badan naik mencanak2.

Sebenarnya, apapun yg kita usahakan kena DISIPLIN. Kalu nk berjaya pun kena DISIPLIN. Kat sini, kami mendidik org ramai utk mendisiplinkan diri dalam usaha menurunkan berat badan dan sihat. Kami tak kaut utk dgn menjual product yg hebat ni TAPI kami mendisiplin org ramai dlm usaha mereka mendapat berat yg aidil disamping menjaga kesihatan diri. Tu sebabnya kami tak jual product pd org ramai. Kami hanya jual product yg hebat ni pada org yg berdisiplin dalam usaha mengubah diri mereka. Tu pun kalu diorg nk beli. Kalu diorg tak nak beli, kami tak kisah...

Jadi, andalah yg menentukan siapa anda, andalah yg menentukan apa yg ingin anda perolehi, andalah yg menentukan gaya mana yg anda inginkan. Kami tidak mengubah anda. Andalah yg mengubah diri anda.

Saya nk org lain happy mcm saya sbb bila kita sihat, kita akan happy, emosi stabil dan takde kemurungan. Yg lebih penting, kita blh berfikir secara rasional utk menghadapi kesulitan.

KENAPA?? Sbb kita sihat, sistem darah dalam badan akan berjalan lancar dan oksigen yg di bawa ke otak mencukupi. Ia akan membantu kita utk mengawal emosi. Kita akan ceria dan happy.

Friday, 3 February 2012

Sihatkah Kita?

Da lama tak tulis blog ni. Sebenarnya tak tahu nk tulis apa pun. Masa buat blog ni pun suka2 nk mencuba. So, aku tak specified kan blog ni aku nk guna utk apa. Takkan nak luahkan hati dan perasaan kat blog?? No.. No.. No.. That's is my personal. Orang luar not suppose to know sebabnya meluahkan perasaan ni kadang-kadang tu kita tak sedar yg kita buka aib sendiri dan mengaibkan org lain. So, lebih baik jangan.

Ok, kali ni aku ada sikit pengalaman yg aku nak kongsi. Aku ni katogeri wanita gemuk. Bukan gemuk lagi da, obesiti. Tapi disebabkan ketinggian aku 162cm, aku tak risau sangat la sbb aku ada height. Dan yang buat aku lagi tak kisah tentang berat badan aku bila tiap kali aku g wat pemeriksaan kolestrol dan gula, paras kolestrol aku rendah dan gula, tak yah cakap la sbb aku memang hypoglukosa (rendah gula)... So, aku rasa aku sihat. Aku tak perlu risau lagi sebab 2 perkara yg org selalu pertikaikan, yg selalu klinik2 dan hospital2 ambil berat ni berada di tahap yg tak membimbangkan. Bila org bising2 suruh aku kurus, aku buat derk jer sbb aku bangga aku takde masalah kolestrol dan gula. Walaupun aku mudah rasa letih, aku selalu sakit lutut bila banyak berjalan, period aku tak regular, aku tetap bangga sbb kolestrol aku rendah.

Satu hari, hati aku tergerak nk join Cik Jai n Pak Jis g jumpa Che Mad. Tu pun sebab mak aku da bising2 aku da bertahun2 tak period. See, da bertahun2 tak period masih rileks lg... Dari situ baru aku dapat tahu selain kolestrol dan gula, kita perlu pertikaikan juga tentang toksin dalam badan dan kandungan lemak dalam badan. Lemak dan kolestrol, berbeza ye.. Masa tu lak, hati aku didapati tidak berfungsi sepenuhnya. Hampir rosak dan uterus aku bengkak. Giler terkejut aku dengar. Aku pun mulakan 1 perubahan baru dalam hidup aku. Tapi, perubahan yg tak besar mana la sbb aku masih tak pedulikan berat badan aku. Aku cuma fokus pada masalah period aku. 

Punca yg buat aku tak pedulikan berat badan aku, aku menyampah tengok org yg obsess berdiet sampai sanggup seksa diri dgn berlapar. Tak usahlah citer aku kalu korang berdiet dgn tak makan nasi la, tak makan itu la tak makan ini la.. Berapa lama jer korang boleh tahan utk tak makan itu ini?? Lagipun, benda yg jadi favourite korang, sanggup korang tak makan. Tak ke seksa jiwa namanya.. Aku ingat apa yg Dr Hasmah bagitahu aku, "If you diet, you must eat rice sbb kita perlukan tenaga. Kita bukan duduk negara yg beriklim sejuk. Iklim negara kita panas, kita perlukan tenaga. Nasi is karbohidrat yg blh membekalkan tenaga. BUT, reduce amount and BUKAN nasi lemak, BUKAN nasi goreng. NASI PUTIH." Bila aku mula jumpa Che Mad lak, Che Mad cakap, "Jangan diet. It is DANGEROUS! Tapi, eat to reduce weight."

Lepas jumpa Che Mad, barulah aku terfikir nk turunkan berat badan aku sbb aku nak sihat. Yang buat aku lagi nak sihat bila aku da tak boleh beraktiviti lasak. Aku panjat Bukit Broga, aku fail. Bila aku naik FRIM, aku HAMPIR gagal. P alhamdulillah la, berjaya juga. Bila aku panjat Gunung Nuang (ada hati panjat Gunung Nuang, Broga pun tak lepas.. huhu), sekali lagi aku gagal. Dari situ aku tanam MATLAMAT, 'AKU NAK SIHAT, AKU NAK BALIK STAMINA AKU YG DA HILANG. AKU NAK PANJAT BUKIT DAN GUNUNG LAGI!!' Dari situ, aku usahakan. Apa yg aku usahakan takde perubahan. Sama jer...

Sampai la satu hari, along ajak mama gi Kelab Nutrisi dia kat Seksyen 3, Shah Alam. Memula aku dengar, aku langsung tak berminat. Tak berminat nk amik tahu, tak berminat nk join. Lebih2 lagi bila along cakap, "datang minum air nutrisi. Sekali minum RM15. Nak dpt kesan optimum, minum 8kali berturut2." Aku pun mula congak dalam kepala. Sekali minum RM15 x 8kali = RM120. Isk, mahal..mahal... Aku tak setuju!! Keesokan harinya, along ajak mama pergi Kelab Nutrisi. Aku mulalah rasa boring dok umah sesorang. So, nk menghilangkan rasa boring, aku pun ikut la mama walaupun hati tak berapa ikhlas nk pergi. 

Sampai jer kat Seksyen 3, Shah Alam aku mula duduk kat kerusi, tengok keliling.. Apa yg diorg buat sebenarnya ni?? Dari awal sampai nak balik, orang2 kat situ asyik berciter tentang kesihatan. 1st words yg aku dapat, USUS KOTOR. Aku mula dihidangkan dengan sejenis air yg jernih n payau rasanya. Itu 550ml JUS ALEO yg mencuci dan membersihkan usus. Mat Rodzi (husband kak long - cousin abg wan) mula berciter tentang toksin dlm badan, fungsi pankreas, kalori pemakanan, apa yg perlu dan apa yg tak perlu dalam badan.. lepas tuh, aku dihidangkan lak dgn 550ml TEA HERBA yg membakar kalori, membekalkan tenaga, anti-stress dan anti-oksidan. dan akhir sekali, 550ml SHAKE + SOY PROTEIN yg melengkapkan nutrisi yg diperlukan badan. Nk muntah aku, minum 1.65liter dalam 1 masa. TAPI, kesannya sangat POSITIVE.

1. RM15 utk 3jenis air 550ml - sangat berbaloi. MURAH!
2. Sepanjang aku kat Kelab, orang2 kat situ bercerita tentang kesihatan. Langsung takde yg buka mulut suruh beli produk, suruh jual produk dan suruh cari orang utk downline. TAK ADA
3. Hari pertama minum, tang tu juga aku berkejar cari toilet nk membuang. Singgah kat PETRONAS seksyen berapa ntah, aku pun tak tau. Melambak2 tapi lepas tuh badan rasa ringan sangat.

Tak lama lepas tu (2hari lepas nenek 'pergi'), Along buat Health Evaluation kat rumah ibu kat Jalan Kebun. Masa tu, semua ada. Ibu, Ayah, Mama, Cik Jai, Pak Jis dan semua la sbb masa tu nenek baru jer 'pergi'. Dari situ, aku dapat tau analisis badan aku dan dari situ gak aku dapat tau tentang pentingnya air dalam badan dan berapa banyak air yg diperlukan dalam badan. Maka dengan itu, aku pun ambil keputusan utk ubah diri aku. Aku nak sihat! Aku join Kelab Nutrisi. Aku masuk LOSE WEIGHT CHALLENGE utk memotivasikan diri aku utk turunkan berat badan. Yang paling best, support dari family. Yang buat aku lagi semangat, Pak Jis la... Competitor terdekat aku. Hehe... And now, along da ada Kelab dia sendiri kat Kg Sri Aman, Puchong.

Sejak dari tu, banyak yang aku dapat. Tentang kesihatan. Cara pemakanan yg betul. Gaya hidup sihat. Aku takde masalah nak makan. Aku makan apa yg aku nak makan. Aku tetap makan nasi, tosai, nasi lemak tapi, berat badan aku tetap berkurangan. Air memainkan peranan yg sangat penting. Dengan minum air yg banyak, dapat membantu mengurangkan berat badan. Selain tu, makan pada waktu makan. Aku da tak amalkan gaya pemakanan aku yg dulu. Dulu aku makan 2 kali sehari sbb taknak gemuk, kononnya.. tapi tetap gemuk gak.. huhu. Sekarang nih, aku makan 3 - 4 kali sehari. Nasi, aku tetap amik. Kalu tak makan nasi pun, aku akan makan something heavy utk membekalkan kalori yg diperlukan, utk tenaga.. yg pasti aku pastikan kalori yg aku amk tak >1000kcal.

Alhamdulillah, utk 2 minggu pertama, aliran darah aku mula berjalan lancar dan toksin dalam badan aku mula berkurang. 2 perkara ni buat aku sangat2 happy dan aku tak lagi mengalami masalah suhu badan yg tak stabil. aku rasa sihat dan segar. 1 bulan pertama lepas aku register utk Lose Weight Challenge, total lost weight aku 3kg. OK, 1 bulan hilang 3kg!! Alhamdulillah.. Syukran ya Allah. Dalam masa yg sama, aku registerkan diri aku dalam THE BIGGEST LOSER kat ofis aku sbg menambahkan lg motivasi diri utk LOSE WEIGHT!! 

Sebenarnya, apabila kita sihat kita akan happy dan akan jadi lebih positif. Seronok sangat....

Wednesday, 14 September 2011

Istimewa Buat Seorang Sahabat

Tetiba, hari ni aku rasa aku jadi seorang penasihat kepada seorang sahabat yg aku sayang... Pepagi aku dpt email dari dia utk meluahkan isi hati dia.. dan ini email yg aku balas utk dia... berjam2 aku create email nih sbb aku kna buka balik nota2 aku... hopefully, boleh la jadi panduan sbb aku nih pun bukanlah pandai mana pun... bknnya ustazah atau alim ulama' p semua nih berdasarkan pengalaman hidup yg aku alami... sepanjang penulisan aku nih, 1 jer yg aku harapkan dia akan menjadi seorg muslimah yg tidak mengenal erti putus asa n menyerah diri pada Allah swt...

Assalamualaikum wbt. kak wa...

kak wa, kak wa jgn cakap macam tuh... sebagai manusia kita tak boleh berputus asa.. dlm Islam sekali pun kita tak boleh mengeluh n menyalahkan takdir, even kalu kita ckp, "saya da berdoa tapi Allah tak makbulkan." pun tak boleh, kak wa... Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 45 yg bermaksud:
"mintalah kamu pertolongan Allah dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya hal itu sangat berat melainkan bagi mereka yg khusyuk."

ini bermakna sabar yg sebenar mmg sangat susah utk kita capai sbbnya di sekeliling kita terlalu banyak dugaan dan cabaran yg kita kna hadapi terutama pengaruh kwn2, keluarga kita n kehendak diri kita. p usah bandingan kelebihan dunia org lain dgn kita. syukurlah dgn nikmat Allah.


kita susah kat dunia, takpe kak wa. yg penting kita senang di akhirat. dgn kesabaran kita hadapi kesukaran di dunia, di akhirat nnt yg bakal menanti kita adalah nikmat dan ganjaran dari Allah yg sgt besar, kak wa... insya Allah...


kak wa kata, Allah makbulkan doa kak wa lambat.. Allah Maha Mengetahui, kak wa... DIA makbulkan lambat sbb DIA tahu masa n saat yg sesuai utk DIA bg pd kak wa apa yg kak wa minta. mungkin masa kak wa minta tuh bkn lah masa yg sesuai utk DIA kurniakan pd kak wa n mungkin ia akan menyebabkan kak wa lebih susah spt apa yg Allah firmankan:
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah:216

Allah itu Maha Penyayang, kak wa... musibah yg menimpa kak wa akan mengangkat darjat kak wa di sisi Allah. Dalam surah ali-Imran ayat 200, Allah berfirman yg bermaksud:

"Wahai org yg beriman. Bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."

kita tak boleh berputus asa, kak wa sbb Allah benci pd org yg berputus asa tapi syaitan suka pd org yg berputus asa. "Berkata Tuhanmu: berdoalah (mintalah) kpd AKU, nescaya AKU akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)..." (surah al-Mukmin: 60)

Allah tetap akan makbulkan doa kita samada cepat atau lambat atau mungkin DIA akan simpan doa kita itu utk akhirat kita nanti. dalam surah al-Kahfi ayat 28, Allah berfirman:
"Bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama org yg sering berdoa kpd Tuhan mereka..."

yg penting, jgn sekali2 kita berputus asa. tanamkan dalam diri kita, kita hidup utk Allah dan matlamat hidup kita adalah akhirat. usah pedulikkan mereka2 yg cuba menunjuk2 tentang kemewahan dan kelebihan dunia mereka sbb sesungguhnya mereka itu dalam kerugian. redhakan diri kita pada ujian Allah n serahkanlah diri kita pd Allah. igtlah apa yg Allah katakan dlm al-Quran:

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan utk mengaku beriman sedangkan mereka belum lagi diuji?" (surah al-Ankabut:2)

Allah sayangkan kak wa... tu sbb lepas 1, 1 musibah yg melanda kak wa... 
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yg diingini oleh Allah akan kebaikan, maka diujinya dgn musibah."
-Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad.

bkn tu saja... Allah pun ada berfirman:
"Tidak ada suatu musibah pun yg menimpa seseorg kecuali dgn izin Allah dan barangsiapa yg beriman kepadaNYA, nescaya DIA akan memberi petunjuk kpd hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (surah Taghabun:11)

bersyukurlah kerana kak wa antara hamba2NYA yg terpilih utk diberi petunjuk n hidayah. bkn semua org dpt petunjuk n hidayah, kak wa... hanya org2 yg terpilih sahaja...

Firman Allah swt:

"sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kpd sesiapa yg engkau kasihi, tetapi Allah jualah yg berkuasa memberi hidayah petunjuk kpd sesiapa yg dikehendakiNYA n DIAlah jua yg lebih mengetahui akan org2 yg (ada persediaan utk) mendapat hidayh petunjuk." -Surah al-Qasas:56
semua ni utk kebaikan, kak wa...
1. kita menjadi redha dgn ketentuan Illahi
2. kita semakin dekat dgn Allah swt
3. kita menjadi hambaNYA yg bertaqwa dan berserah diri pd yg Maha Kuasa
4. kita mencintai kehidupan sesudah mati (akhirat)
5. Allah sentiasa di hati kita
6. bersih dan sucilah kita dari dosa2 yg pernah kita lakukan.

"tidak seorg muslim pun yg ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti org, derita sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dgn itu semua dosanya."
Hadis Riwayat Bukhari n Muslim.

sabda Rasulullah saw:
"sungguh mengagumkan urusan seorg mukmin, setiap mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh sesiapapun, kecuali oleh seorg mukmin. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik utknya. Apabila mendpt kesusahan dia bersabar, dan itu baik utknya."
HR Muslim.

Allah berfirman dlm surah al-Baqarah ayat 155-157 yg bermaksud:
"Demi sesungguhnya! KAMI akan menguji kamu dgn sedikit perasaan takut (kpd musuh) dan (dgn merasai) kelaparan n (dgn berlakunya) kekurangan dpd harta benda n jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kpd org yg sabar; (iaitu) org yg apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah n kpd Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah org yg dilimpahi dgn pelbagai kebaikan dpd Tuhan mereka serta rahmatNYA; dan mereka itulah org yg mendpt petunjuk hidayahNYA."

tak rugi kita bersabar, kak wa... Allah sentiasa dgn kita... sesungguhnya SABAR ITU INDAH... tak perlulah kak wa berasa kecewa dgn kehidupan krn Allah Maha Adil dan Bijaksana. DIA tidak menganiaya hamba2NYA kecuali kita yg menganiaya diri kita sendiri. kak wa tak perlulah merasa rendah diri dgn kwn2 atau org2 di luar sana yg hidup mewah, beranak pinak, bersenang lenang n bermegah-megah krn Allah berfirman:

"jika kamu hanya mengikut org ramai di muka bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah..." (surah al-An'am:116)

berserah dirilah pd Allah swt, "... sesungguhnya Allah amat mencintai org yg bertawakal kpdNYA." (surah ali-Imran: 159)

Firman Allah: "sesiapa yg bertaqwa kpd Allah, sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dpd kesusahan) dan memberinya rezeki dari jln yg tidak disangka olehnya..." (surah al-Talaq:2-3)


antara yg diajar oleh Nabi saw ialah spt yg disebut oleh baginda dlm hadis:
"doa org yg dlm kesusahan: "Ya Allah, rahmatMU daku harapkan, Jangalah DIKAU serahkan kpd diriku walaupun sekelip mata. Baikilah utkku urusanku semuanya. Tiada yg diabdikan diri melainkan ENGKAU." (riwayat Abu Daud, bertaraf sahih)

apapun dugaan yg datang, sbg manusia (hamba Illahi) kita harus bersabar, berusaha, berdoa n bertawakal.... berlindunglah dari Allah dpd segala kejahatan.. syaitan itu sentiasa mencari peluang supaya kita berpaling dpdNYA. terdetik walaupun sedikit dlm hati kita dgn berkata "apalah nasib saya..." atau "da mmg nasib saya mcm ni..", syaitan akan bertepuk tangan kegembiraan kerana dia telah berjaya mengasut kita utk menyalahi takdir Allah.


mohonlah pd Allah dgn doa yg pernah Rasulullah saw berdoa yg bermaksud:

"aku memohon agar jadikanlah aku redha dgn qadar (takdir).

ada kisah yg sy nak kongsikan dgn kak wa utk dijadikan renungan bersama:-

Buat Renungan1:

Anas bin Malik menceritakan bahawa:
Rasulullah saw melewati seorg wanita (di dlm riwayat lain dinyatakan dia menangisi anaknya yg sudah meninggal). Maka, baginda pun berkatakpd wanita itu:
"bertaqwalah kpd Allah dan bersabarlah."
wanita itu pun menjawab:
"engkau tidak merasakan apa yg aku rasakan kerana engkau tidak mengalami musibah seperti musibahku."
Anas bin Malik berkata: "wanita itu tidak mengetahui bahawa yg menegurmya tadi adalah Rasulullah." lalu dikatakn kepadanya, "yg menegurmu adalah Rasulullah."
Maka, seperti kematian mengambilnya (wanita itu terkejut), segera dia mendatangi rumah Rasulullah saw dan dia tidak mendapatkan penjaga pintu disisinya.
Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah. Tadi aku tidak mengenalimu."
Baginda pun bersabda: "sesungguhnya sabar itu adalah pada pukulan pertama."
-HR Muslim-

Renungan2:
Umar al-Khattab bertanya kpd Rasulullah saw tentang amal:
"apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yg dilakukan? Adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku?"
Baginda menjawab: "sesungguhnya segala sesuatu itu telahpun ditetapkan."
maka, dibalas Umar: "jika demikian, apakah kita harus menyerah sahaja?"
Baginda menjawab: "BERAMALLAH wahai anak al-Khattab segala sesuatu itu sedah dipermudahkan. Barangsiapa yg tergolong di dlm ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dgn amalan ahli syurga. Barangsiapa yg tergolong di dlm ahli seksa, maka dipermudahkan utk dia beramal jahat utk neraka."
-HR Ahmad-

kak wa, saya sayang kak wa... saya tak nak kak wa rasa kecewa dgn kehidupan, rendah diri dgn 'kehebatan' org ramai (sbnrnya mrka itu hnya hebat di mata manusia tetapi tidak di sisi Allah) dan saya tak nak kak wa berputus asa... ingat Allah banyak2, kak wa... insyaAllah, Allah akan ingat kat kak wa. bertaqwalah pd Allah, insyaAllah kak wa akan menjd manusia yg hebat di sisi Allah.

kalau ada yg datang pd kak wa n bermegah2 dgn apa yg diorg ada, kak wa katakanlah pd diri kak wa bahawa itu semua hanya sementara. dunia ini milik Allah, kak wa... kesenangan, kemewahan semua tu milik Allah... kalau kata DIA nak amik semua tuh dari kita, sekelip mata segala2nya akan hilang, tak tinggal 1sen pun utk kita... kalau ada yg menunjuk2 pd kak wa yg diorg punyai anak yg ramai, igtlah kak wa bahawa ank itu hnya pinjaman dari Allah. kalau DIA mengkehendaki anak itu kembali, dgn sekelip mata DIA akan ambil ank itu kembali ke pangkuanNYA. tak usahlah kak wa bersedih hati... DIA Maha Pengasih dan Maha Penyayang... percayalah, DIA sentiasa ada bersama kak wa. yakinlah. YAKINLAH PADA ALLAH yg mentadbir langit n bumi...


lazimnya, bila dilanda musibah, kita akan bertanya kenapa kita di duga begitu... knp kita diduga begini... knp Allah bagi dugaan yg mcm ni... itu semua bisikan syaitan yg nk kita berputus asa dgn rahmat Allah...


Riwayat Mus'ab bin Said dpd bapanya:
"aku bertanya kpd Rasulullah saw siapakah manusia yg paling dahsyat menerima bala?"
Maka, dijawab oleh baginda:
"para nabi kemudian seperti mereka dan seperti mereka. Diuji seorg manusia itu berdasarkan kadar agamanya. Jika dia org yg kuat beragama, maka kuatlah pula bala yg diterimanya. Jika seorg itu lemah agamaynya, maka diuji hnya pd kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pd seorg hamba sehingga dia berjalan di atas tanah dgn telah terhapus segala dosanya."
-HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah & Ahmad-

biarkan mereka yg dtg pd kak wa utk bermegah2... kak wa balaslah dgn senyuman yg ikhlas tulus dari hati kak wa sambil berdoalah utk mereka supaya diberi hidayah... kasihilah mereka n sayangilah mereka... tak perlu sedih andai ada yg tak sudi dgn keikhlasan kak wa kerana kita mencari keredhaan Allah bukan penghargaan manusia dan bkn ucapan "terima kasih" dpd org lain. ingatlah kak wa... "sesiapa yg mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita, dlm keadaan mukmin, mereka itu akan masuk syurga n tidak akan dianiayai walau sedikitpun." (an-Nisa':124)

memang sukar utk melakukannya tetapi yg susah itulah yg membawa kebaikan...

saya harap sangat kak wa dpt rasa apa yg saya rasa nikmat n rahmat Allah apabila kita bersabar... sangat indah....

saya mohon ampun n maaf sbb ambil masa kak wa utk baca email ni pepanjang...
p percayalah, tiada lain melainkan sbg peringatan buat diri saya n istimewa utk kak wa....
Nabi Muhammad saw bersabda:
"org yg penyayang, mereka itu akan disayangi oleh Allah Tabaraaka wa Taala (yg Maha Berkat dan Maha Tinggi). Oleh kerana itu, sayangilah manusia di muka bumi ini, nescaya ZAT yg di atas langit akan menyayangi kamu."

saya sayang kak wa...