Tuesday, 28 February 2012

Saya Obesiti...


Saya salah seorg rakyat Malaysia yg obesiti. Da bermacam-macam produk saya cuba p tak berjaya. Ada yg berjaya tapi bersifat sementara. Di mana, bila saya stop amik product tersebut, saya mengalami kegemukan yg berganda. Akhirnya, saya stop amik semua product kesihatan n segala ubat2an yg menjanjikan penurunan berat badan apabila saya dapati sistem dlm badan saya mula rosak 50%.

Sampailah saya ditemukan oleh kakak saya sendiri dgn coach dia di wellness centre seksyen 3, shah alam. Yg menarik perhatian saya, pd hari pertama bertemu, mereka yg ada dalam kelab tersebut TIDAK ada seorg pun yg menyuarakan tentang product dan TIDAK ada seorg pun yg menjual product dan TIDAK ada yg memaksa saya menyertai utk menjadi ahli atau membeli product. Apa yg keluar dari mulut diorg semuanya tentang usus, pengaliran darah, gula dlm badan, toksin dlm badan dll. Saya terpegun mendengar.

Few week lepas tuh, (sehari selepas kematian nenek saya) kakak saya bawa coach dia datang ke rumah mak cik saya kat jalan kebun, shah alam. Kat sana, kitorang buat body scanning. FREE OF CHARGE. Dari situ, saya tahu berat badan saya, kandungan air dlm badan, lemak dll. Yg penting kandungan visceral fat. Dari situ, saya ditawarkan program turun berat badan selama setahun. SETAHUN? Lama tuh... p bila difikirakan balik, it is good for health sbb penurunan berat badan yg mendadak akan menyebabkan komplikasi lain dlm badan seperti kesan terhadap buah pinggang. Saya terima tawaran tersebut n seminggu selepas itu saya menyertai program LOSE WEIGHT CHALLENGE.

Kesan yg sangat positif. Sehingga kini, selama 8 minggu (dari 28.12.2011 sampai 24.02.2012), berat badan saya telah hilang sebanyak 5kg dan saya telah hilang sebanyak 3.13% total inches badan saya. Org cakap, saya amik product yg hebat, blh la... Terus terang, saya tak beli product yg beratus2 harganya. Tetapi yg terima nasihat dan cadangan dari coach dan jurulatih tentang cara pemakanan yg sihat dan gaya hidup yg sihat. Apa pun, dlm hidup kita kena DISIPLIN diri baru kita dpt capai apa yg kita impikan. DISIPLIN!!

Ramai yg kata tak de masa nk bersenam. Sibuk. Banyak keje. TETAPI, kalu kita disiplinkan diri kita utk bersenam sehari 20-30 minit, 2 hingga 3 kali seminggu dan makan di waktu makan, inshaAllah. Dengan mudah kita akan dapat turunkan berat badan. Yg penting, DISIPLIN!! Hari2 biasa, kita sibuk keje. Pagi da kuar g keje. Malam baru balik. Hujung minggu kita keje tak?? tak kan... kalu keje pun sekali sekala jer... Tapi, apa salahnya hujung minggu kita ambil sedikit masa utk bersenam pada waktu pagi. Malas nk bangun awal sbb hari2 biasa da bangun pagi g keje?? Haaa... tu silapnya.. org yg malas bangun pagi ni, RUGI. Mmg rugi sbb siapa yg bangun pagi akan mendapat rahmat Illahi sbb Rasulullah saw pernah berdoa pd Allah supaya dilimpahkan rahmat kepada umatnya yg berpagi-pagian. Tak kisah la hari biasa ke hujung minggu ke, bangun jer pagi. Pasti rasa sihat n segar. Nk sihat lagi, bangun pagi n mandi sebelum matahari terbit. Kalu tak caya, cuba la... Dengan bangun pagi juga la mendidik diri kita utk menjadi manusia yg berdisiplin.

“Apa nk susah... banyak product yg blh turun berat badan tanpa bersenam...” benar.. memang ada product turun berat badan tanpa bersenam TETAPI sistem dalam badan kita tak sihat sbb pengaliran darah tak lancar, gangguan sistem disebabkan product2 tersebut berunsur ubat2an (dadah). Yang paling tak best, badan tak fit. Badan cepat penat, menggelebeh, kulit kering, kulit cepat berkedut, gastrik dan lain2. Yang paling tak best, bila stop ambil product tuh, berat badan naik mencanak2.

Sebenarnya, apapun yg kita usahakan kena DISIPLIN. Kalu nk berjaya pun kena DISIPLIN. Kat sini, kami mendidik org ramai utk mendisiplinkan diri dalam usaha menurunkan berat badan dan sihat. Kami tak kaut utk dgn menjual product yg hebat ni TAPI kami mendisiplin org ramai dlm usaha mereka mendapat berat yg aidil disamping menjaga kesihatan diri. Tu sebabnya kami tak jual product pd org ramai. Kami hanya jual product yg hebat ni pada org yg berdisiplin dalam usaha mengubah diri mereka. Tu pun kalu diorg nk beli. Kalu diorg tak nak beli, kami tak kisah...

Jadi, andalah yg menentukan siapa anda, andalah yg menentukan apa yg ingin anda perolehi, andalah yg menentukan gaya mana yg anda inginkan. Kami tidak mengubah anda. Andalah yg mengubah diri anda.

Saya nk org lain happy mcm saya sbb bila kita sihat, kita akan happy, emosi stabil dan takde kemurungan. Yg lebih penting, kita blh berfikir secara rasional utk menghadapi kesulitan.

KENAPA?? Sbb kita sihat, sistem darah dalam badan akan berjalan lancar dan oksigen yg di bawa ke otak mencukupi. Ia akan membantu kita utk mengawal emosi. Kita akan ceria dan happy.

No comments:

Post a Comment